PE Registration

Borang Pendaftaran Jurutera Profesional

Kepada
(Nama Seperti Di Lampiran),

Lanjutan kepada taklimat berkaitan kelayakan profesional pada 21 April, 2011, berikut saya panjangkan borang-borang yang dikemukakan oleh Prof. Madya Ir Hayati Abdullah untuk tindakan selanjutnya

  1. Borang A atau borang pendaftaran jurutera siswazah – Bagi staf yang belum pernah mendaftar dengan BEM. Staf perlu sediakan wang pos atau cek bernilai RM50 untuk yuran pendaftaran berbayar kepada ‘Lembaga Jurutera Malaysia’. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada saya dan akan dipanjangkan kepada P.M. Ir. Hayati  untuk tujuan pengesahan.
  2. Borang akuan/kemas kini BEM – Bagi staf yang sudah mendaftar dengan BEM tetapi tiada bukti pendaftaran. Staf perlu kemukakan borang tersebut dan sertakan salinan kad pengenalan dan ijazah bagi tujuan memohon surat pendaftaran baru.
  3. Borang IEM(PI) dalam format pdf dan word document serta maklumat berkaitan format dan kandungan laporan yang perlu disediakan – Bagi staf yang ingin memohon keahlian korporat IEM dan untuk menduduki ‘Professional Interview’.

Sekian. Terima kasih.

Puan Norah Mohamad
Pejabat AM FKM
Ext: 34619

Muat Turun Borang Pendaftaran Jurutera Profesional

Borang Akuan Kemaskini BEM-1.xls
Borang IEM-PI.doc
Form IEM(PI).pdf
Edaran Taklimat Ir (App B).doc
Borang A (Pendaftaran Jurutera Siswazah BEM).pdf