JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DUO-SWEDEN 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DUO-SWEDEN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini telah menerima makluman daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT berkenaan jemputan untuk menyertai Program DUO-Sweden yang ditaja oleh Swedish Council for Higher Education. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pelajar di antara negara Sweden dan negara anggota ASEM Asian yang lain.

3. Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan ASEM-DUO dan DUO-Sweden Fellowship adalah seperti dilampiran dan boleh didapati di laman web http://www.asemduo.org. Pihak Sekretariat ASEM-DUO Fellowship boleh dihubungi melalui e-mel admin2@asemduo.org jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini. Permohonan hendaklah diisi secara online serta tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mei 2018 (waktu Sweden).

4. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk menyebarluaskan makluman Program DUO-Sweden 2018 tersebut di Jabatan/Bahagian/Institusi/Agensi masing-masing.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Office of Deputy Vice Chancellor (Academic & International)
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor

——————————————————

1. DUO-Sweden 2018 General Description [ Download ]
2. DUO-Sweden 2018 Application Form [ Download ]
3. DUO-Sweden 2018 Implementation Guideline [ Download ]