Select Page
Map Unavailable

Date/Time
Date(s) - 07/08/2017
12:00 am - 8:00 am

Categories No Categories


YBhg. Prof./Saudara,

Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (Ogos) bersama YBhg. Datuk Naib Canselor pada Isnin, 07 Ogos 2017.

Mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot (perasmian, pelancaran, atau penghargaan) di dalam perhimpunan bulanan ini perlu memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

Bagi permohonan slot,  sila e-melkan permohonan bersama maklumat berkaitan kepada En Mohd Faizal Abd Jalal (faizaljalal@utm.my).

Manakala bagi sebarang pemakluman (dalam bentuk slaid) mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk pertimbangan sewajarnya.

Perincian Perhimpunan Bulanan (Ogos) adalah seperti berikut:
Tarikh : 07 Ogos 2017 (Isnin).
Masa : 8.00 pagi
Tempat :
i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.
ii.  Dewan Senat & Dewan Bankuet, UTM Johor Bahru. [LINTAS LANGSUNG]

​Pakaian:
– Pakaian korporat.