Select Page
Map Unavailable

Date/Time
Date(s) - 26/02/2018
7:30 am - 9:00 am

Categories No Categories


Y.Bhg. Prof/Dr/Saudara yang dihormati,

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UTM – SENAMROBIK PERDANA SIRI 2/2018

Perkara di atas adalah ​dirujuk dengan segala hormatnya

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UTM Sports Excellence akan menganjurkan

 

Program Gaya Hidup Sihat UTM – Senamrobik Perdana Siri 2/2018. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Februari 2018, Isnin
Masa : 7:30 – 7:45 pagi – Kehadiran Warga UTM

– Taklimat

7:45 – 8:45 pagi – Senamrobik Perdana

Tempat : Padang Kawad, UTM JB

3. Seluruh Warga UTM adalah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan program. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan kehadiran staf di PTJ/Fakulti masing-masing adalah teramai sewaktu program berlangsung.​ Untuk makluman, air mineral cup tidak dibekalkan dalam menyokong usaha menjadikan UTM sebagai Kampus Lestari.

4. Semoga hasrat Pengurusan UTM untuk memastikan gaya hidup sihat sebagai budaya Warga UTM dapat direalisasikan. Kerjasama seluruh Warga UTM dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah”

Syazwan Bin Saberi
Pen. Peg. Belia dan Sukan
UTM Sports Excellence
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor
b.p Pengarah Sukan