Kajang, 28-31 Julai 2025, dan 5-6 Ogos 2025, ahli penyelidik dari UTM Aerolab bersama G7 Aerospace Sdn Bhd telah menyampaikan Kursus Teknologi Enjin Elektrik untuk pembangunan UAS di bawah kelolaan Bahagian Teknologi Aeroangkasa, Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan Malaysia.
Kumpulan penyelidik dari UTM Aerolab yang diketuai oleh Dr. Mastura Ab Wahid bersama rakan-rakan penyelidik lain seperti Ir. Dr. Norazila Othman, Ir. Dr. Nazri Nasir, Dr Muhammad Faruq Foong dan Dr Mohd Badrul Salleh telah menyumbang kepada perkongsian ilmu dan penemuan penyelidikan kepada Bahagian Teknologi Aeroangkasa, Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan Malaysia.
Sesi pertama kursus pada 28-29 Julai 2025 telah dilaksanakan oleh Dr. Muhammad Faruq Foong Mohamad Faiz Foong yang menekankan teori seperti pengenalan kepada kepentingan UAS menggunakan elektrik bateri dan komponen penting dalam sistem ini.
Kursus ini bukan sahaja menekankan teori tetapi juga praktikal yang dapat digunakan semasa pembangunan UAS. Pihak G7 Aerospace Sdn. Bhd. juga menyumbang dalam menjalankan demonstrasi UAS kepada staf dan pegawai yang terdiri seramai 15 orang. Kursus ini berlangsung selama 10 hari merangkumi topik spesifik kepada teknologi enjin elektrik bagi UAS.
Sesi kedua kursus pada 30 Julai 2025 telah dilaksanakan oleh Dr. Mohd Badrul Salleh yang menekankan teori seperti pengurusan haba terhadap bateri yang digunakan dalam sistem UAS dan bagaimana memastikan sistem disejukkan.
Sesi ketiga kursus pada 31 Julai 2025 telah dilaksanakan oleh Ir. Dr. Mohd Nazri Mohd Nasir yang menekankan betapa pentingnya ilmu pemilihan motor elektrik di dalam sistem UAS bagi memastikan payload dan endurance bagi sesebuah UAS dapat beroperasi lama di udara.
Kursus yang dibangunkan ini adalah lanjutan daripada kolaborasi yang telah lama dijalinkan bersama STRIDE dan G7 Aerospace Sdn. Bhd sebelum ini. Bagi tujuan ini, Dr. Mastura Ab Wahid telah berkongsi ilmu bagaimana untuk membuat ujikaji mudah bagi mendapatkan keseimbangan antara motor dan kipas UAS yang terbaik. Beliau telah menjelaskan secara terperinci menggunakan thrust stand dan prosedur rig ujikaji dipasang dan digunakan. Secara umum teori penggunakan motor, kipas dan kesesuaian komponen ini telah diterangkan oleh Ir. Dr. Norazila Othman. Gandingan mereka berdua telah memberi ilmu yang sangat bermanfaat kepada pihak STRIDE dalam pengujian motor dan kipas UAS selepas ini.
Sesi keempat kursus pada 5 dan 6 Ogos 2025 telah dilaksanakan oleh Ir. Dr. Norazila Othman dan Dr. Mastura Ab Wahid yang menekankan teori saiz motor, kipas dan keserasian motor dan kipas bagi memastikan UAS boleh digunakan dengan lebih baik.
Dr. Mastura sedang membuat penjelasan terhadap penggunaan thrust stand
Diharapkan program seperti ini dapat memperkukuhkan lagi kerjasama Universiti, Industri dan Kerajaan dalam teknologi dan pembangunan UAS di Malaysia.