Select Page

Pada 23 Jun 2025, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah menerima kunjungan hormat daripada Profesor Katsuyoshi Kondoh dan Profesor Junko Umeda dari Joining and Welding Research Institute, Osaka University.

Sepanjang lawatan tersebut, kedua-dua profesor telah melawat beberapa makmal penyelidikan di fakulti dan mengadakan perbincangan bersama Prof. Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan bin Othman, Pengerusi Frontier Materials Research Alliance (FMRA) UTM. Perbincangan tertumpu kepada peluang kerjasama dalam penyelidikan, terutamanya dalam bidang bahan termaju dan kejuruteraan mampan.

Pihak fakulti amat mengalu-alukan jalinan kerjasama yang berpotensi antara kedua-dua institusi demi memperkasa penyelidikan inovatif pada masa hadapan.