Select Page

Adalah sediamaklum bahawa telah menjadi tanggungjawab semua warga UTM untuk melindungi aset ICT khasnya aset Universiti dari ancaman keselamatan ICT.  Pihak Universiti mengambil serius tentang perkara ini, dengan itu, antara salah satu usaha yang diambil adalah perolehan anti-virus.

 

Perisian Antivirus Trend Micro yang diperolehi adalah untuk kegunaan staf UTM termasuk makmal-makmal komputer di fakulti dan PTJ untuk tempoh 3 tahun sehingga 30 Oktober 2022.

 

Untuk makluman, Perisian Antivirus Trend Micro Enterprise End Point Solution terbahagi kepada 2 jenis
penggunaan iaitu :
UTM Staff License – Windows 32-bit Client/ Windows 64-bit Client/ MAC Client

UTM Lab License – Windows 32-bit Client/Windows 64-bit Client/ MAC Client
 
Sehubungan dengan itu, satu taklimat  dan klinik akan diadakan seperti butiran berikut :-
 
Tarikh :
20 Januari 2020 (Isnin)
 
Masa :
Taklimat : 10.00 pagi – 11 tengahari
Klinik Instalasi : 12 tengahari hingga 5 petang (Rehat: 1-2 petang)
 
Tempat :
Dewan Al-Jazari
Aras 2, V01
Fakulti Kejuruteraan
 
Kehadiran :
Semua staf termasuk staf Teknikal IT Fakulti Kejuruteraan
 
Nota :
Staf yang ingin mendapatkan perisian Antivirus Trend Micro pada hari tersebut, diminta untuk membawa laptop pada sesi Klinik Instalasi (sesi petang)