Select Page

28 Julai 2025 – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal,telah menganjurkan Program Riadah Fit@FKM Bil. 2/2025 yang digabungkan dengan Majlis Perasmian MECHA Staf Games 2025. Program ini telah berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan dan kesukanan melibatkan penyertaan aktif daripada warga staf PPP dan akademik FKM.

Program dimulakan dengan senamrobik pagi yang menceriakan dan menyegarkan semua peserta. Seterusnya, warga FKM mendengar morning briefing yang penuh inspirasi oleh Dekan FKM dan seterusnya penyerahan bendera pasukan kepada ketua kontinjen pasukan masing-masing.
Kemuncak acara ialah gimik perasmian MECHA Staf Games 2025 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Zaini Ahmad sendiri, menandakan bermulanya acara sukan di peringkat fakulti yang dinanti-nantikan yang menghimpunkan staf PPP dan akademik dalam semangat kesukanan dan kekeluargaan.
Program seperti ini bukan sahaja memperkukuh kesihatan fizikal, malah mempererat silaturahim serta menyemarakkan budaya kerja sihat dan harmoni dalam kalangan warga fakulti.