Date/Time
Date(s) - 17/11/2016
8:15 am - 9:30 am
Categories No Categories
Assalamualaikum wrh.wbt.
Tuan/puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Membudayakan Al-Quran akan diadakan
seperti biasa sepertimana butiran berikut:-
Tarikh : 17 November 2016 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat FKM, Aras 5, Blok E07
Pembimbing : Ustaz Mohamad Firdaus bin Pazim @ Fadzim
Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM
Pengisian : Pembimbing akan membaca ayat suci Al-Quran daripada
surah yang dipilih dan peserta akan mengikuti bacaan
yang dibaca oleh pembimbing.
: Terjemahan oleh staf (seorang sahaja).
: Penerangan hukum tajwid oleh pembimbing.
: Huraian Ayat oleh pembimbing.
: Soal jawab sekiranya ada.
: Bersurai
Kehadiran semua staf FKM yang beragama Islam adalah dialu-alukan bagi
mengimarahkan lagi majlis ilmu tersebut.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
KAMARUDDIN BIN MAT TAIB
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknologi Malaysia