Tahniah kepada Ts. Dr. Mohd Azlan Suhaimi, Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Ngadiman, Ts. Khidzir Zakaria, En. Roslin Yasak, En. Ferdaus Md Said dan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor dari seluruh warga FKM atas pencapaian cemerlang merangkul piala JOHAN sempena Hari Inovasi Jabatan Pertanian Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang dari 5hb hingga 7hb November 2023 yang lalu. Pemenang membawa pulang sijil penghargaan, wang tunai sebanyak RM3,500 dan trofi yang telah disampaikan oleh Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir YBRS. Puan Nor Sam Alwi, Ketua Pengarah Pertanian, YBRS. Tuan Haji Yosri Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, dan juga beberapa Pengarah Pertanian negeri lain yang turut hadir memberi sokongan.�
Selain itu, mereka juga menerima ucapan penghargaan khas dari Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia dalam ucapan pembukaan majlis Hari Inovasi tersebut. Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada kerjasama mereka dengan Jabatan Pertanian mencipta inovasi dan menjadi satu-satunya wakil universiti di Malaysia yang berjaya mendapatkan pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi pertandingan inovasi di Seoul International Invention Fair (SIIF20220) yang lepas. Inovasi mereka tidak hanya memberi manfaat kepada komuniti pesawah di Malaysia untuk menangani masalah perosak padi siput gondang secara lestari, tanpa racun dan meningkatkan hasil produktiviti padi, malah berjaya membantu pesawah meningkatkan pendapatan melalui hasil jualan siput gondang yang kian meningkat permintaannya di kalangan penduduk Malaysia.
Tahniah! Teruskan usaha dan kecemerlangan dalam inovasi membantu komuniti!